SK BASIA LAMA

Thursday, December 24, 2009

SEJARAH

Sejarah Sekolah Kebangsaan Basia Lama

    Sekolah  Kebangsaan Basia Lama didirikan dalam tahun 1908 – 1909 atas daya usaha Cikgu Abdul Majid beserta dengan penduduk tempatan yang tidak begitu ramai. Pada ketika itu, bangunan sekolah dibuat dari bahan tempatan. Tiang dan rangkanya dibuat daripada kayu bulat manakala atapnya dari atap cucuh, dingingnya dari buluh dan berlantaikan tanah sahaja.

   Pada mulanya hanya seorang guru sahaja yang mengajar dengan bilangan murid antara 20 hingga 30 orang sahaja. Umur murid pada masa itu tidak dihadkan. Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Basia iaitu mengikut persetujuan pentadbiran penjajahan Inggeris yang berkuasa di negara ini pada masa itu. Keadaan keliling kampong pada masa itu masih dipenuhi hutan rimba. Kemudahan perjalanan tidak ada hanya lorong untuk orang berjalan kaki sahaja. Penduduk sentiasa mengalami berbagai kesusahan dan kesulitan.

   Jumlah penduduk semakin bertambah. Hutan-hutan ditebang dan dijadikan tempat bercucuk tanam. Walaupun demikian pertambahan murid tersangat lembap. Oleh itu sekolah hanya menggunakan khidmat seorang guru sahaja.Guru yang mengajar di sekolah itu mula bertukar ganti dari semasa ke semasa. Jalan-jalan denai mula diperluaskan untuk memudahkan jalan perhubungan tetapi kenderaan bermotor masih tiada lagi.

   Berita banjir yang menghanyutkan sekolah telah diketahui oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Perak DYMM Raja Idris Shah ke 2. Apabila air sungai Perak mula surut, dengan segera Almarhum berangkat dengan motobot dari Kuala Kenderong ke Kampung Basia melalui Sungai Perak. Sewaktu menanti bangunan baru siap, murid-murid menumpang belajar di Dewan Orang Ramai Kampung Basia, di masjid, di bawah pokok dan di mana juga untuk berteduh buat sementara waktu. Almarhum sultan telah menitahkaan supaya bangunan sekolah dibina.

   Sekolah Kebangsaan Basia Lama mempunyai empat bangunan yang meliputi bilik-bilik khas seperti bilik guru, pejabat , makmal computer, makmal sains serta bilik-bilik khas lain yang dikira penting untuk tujuan kemudahan P&P. Pusat Sumber Sekolah terletak di tingkat dua bangunan pejabat yang terdiri dari pusat akses dan bilik tayangan. Bilangan guru yang terdapat di SKBL ialah seramai 30 orang guru dan 403 orang murid. Banyak kemudahan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Basia Lama iaitu Makmal Komputer, Pusat Akses, Surau, Bengkel KH, Makmal Sains,Bilik PPSMI, Bilik SPBT dan beberapa bilik khas yang lain.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Definition List

Unordered List

Support

Bookmark and Share